Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusuhan di Nigeria makin meruncing

    LAGOS, 21 OKT – Bangunan di bandar utama Nigeria Lagos dibakar hari ini dan pertempuran sekali-sekala meletus selepas kejadian menembak pembantah di mana Amnesti Antarabangsa berkata anggota keselamatan telah membunuh beberapa orang.

    Saksi berkata lelaki bersenjata melepaskan tembakan pada 1,000 orang petang semalam untuk meleraikan mereka selepas perintah berkurung dikenakan untuk menamatkan bantahan berhubung kekejaman polis.

    Insiden tembakan telah menerima kecaman antarabangsa, sementara Presiden Nigeria Muhammadu Buhari telah merayu semua orang bertenang, tanpa merujuk kepada kejadian semalam.

    Gabenor Lagos pada mulanya menegaskan tiada kematian telah dicatat tetapi berkata kemudian pihak berkuasa sedang menyiasat kematian seorang individu disebabkan ‘pukulan di kepala.’

    Beliau berkata sekurang-kurangnya 25 yang lain mengalami kecederaan.

    Tentera Nigeria tidak membalas permintaan AFP untuk memberi komen tetapi di Twitter, ia melabel laporan tentera menembak pembantah sebagai ‘berita palsu.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda