CARACAS, 3 MEI – Satu kejadian rusuhan di dalam penjara telah menyebabkan sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh dan 75 lagi tercedera di bahagian Barat Venezuela, negara di mana NGO dan keluarga-keluarga para tahanan sering menuntut keadaan penjara yang tidak bersih, keganasan dan kesesakan yang terlalu tinggi.
Kumpulan hak Peman-tauan Penjara Venezuela (OVP) memberikan angka-angka mengenai rusuhan, yang berlaku pada petang Jumaat di pusat penjara Los Llanos, bandar Guanare.
Wakil Parlimen, Maria Beatriz Martinez, yang mewakili negara Portugis di mana penjara berada, berkata: ‘Pada masa ini kami hanya boleh mengesahkan bahawa 47 orang telah terbunuh manakala 75 lagi tercedera.”
Martinez dan NGO berkata kesemua yang terbunuh adalah tahanan.
Menurut laporan tentera pada Jumaat, kekacauan bermula apabila para tahanan mula merosakkan pagar-pagar keselamatan di sekeliling perimeter dalam cubaan untuk melepaskan diri secara beramai-ramai. Ia turut berkata bahawa pengarah penjara turut tercedera.
Marinez membantah laporan tersebut, menyatakan bahawa kekacauan dilakukan oleh kumpulan penjara kerana mereka tidak diberikan makanan. – AFP