Monday, February 10, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ruth Sahanaya bakal beraksi di Fabulous Friday

    Buat yang mengenali diri penyanyi kecil molek yang disapa Uthe ini, pasti sentiasa terbayangkan persembahan bertenaga dan vokalnya yang cukup menawan dan menghiburkan.

    Sudah lama betul tidak mendengarkan rangkaian lagu-lagu Uthe dibawakan secara live di mana-mana pentas besar di Kuala Lumpur.

    Atas dasar kerinduan itu, Shiraz Projects membawakan penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Kaulah Segala-galanya, lagu yang sudah berusia 30 ini di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas.

    Penyanyi genit ini bakal muncul dalam rangkaian Fabulous Friday pada tarikh 11 November 2022 pada pukul 8:30 malam.

    Kata Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, Ruth bakal membawakan lagu-lagunya yang cukup ikonik dan terpahat lama di hati dan perasaan khalayak, penyanyi kelahiran Bandung ini pastinya ditunggu-tunggu.

    Ruth Sahanaya bakal muncul dalam rangkaian Fabulous Friday pada tarikh 11 November 2022. – Agensi

    “Kami sudah membawakan beberapa kumpulan dalam rangkaian Fabulous Friday yang terdahulu dan sambutan yang diberikan sangat menggalakkan.

    “Sudah tiba masanya kami membawakan seorang penyanyi legenda dari seberang untuk khalayak di Kuala Lumpur dan kami sangat berbesar hati mempersembahkan Ruth Sahanaya buat peminat di Malaysia,” ujarnya.

    Dalam rangkaian Fabulous Friday terdahulu, beberapa kumpulan telah muncul di Dewan Filharmonik Petronas dan sambutan yang diberikan kepada mereka sangat menggalakkan dan di luar jangkaan.

    Antaranya ialah Wings, Kunto Aji, Akasha dan Maliq & D’Essentials. Ruth pasti tampil bergaya dalam busana yang sentiasa mempesonakan dan akan menambahkan lagi keserian Dewan Filharmonik Petronas.

    Penyanyi yang pernah memenangi anugerah The Best Selling Album di Anugerah Industri Muzik Indonesia dan The Best Selling Indonesian Album di Anugerah Industri Muzik Malaysia 1999 ini sudah 35 tahun berada dalam industri muzik – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda