Tuesday, May 6, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ruud rangkul gelaran Masters 1000 pertama

    MADRID, 5 MEI – Casper Ruud menewaskan Jack Draper 7-5, 3-6, 6-4 kelmarin untuk merangkul kemenangan Terbuka Madrid dan kejayaan Masters 1000 buat kali pertama dalam kariernya.

    Dalam kejohanan mendebarkan selama dua jam setengah di Stadium Manolo Santana, Ruud, yang sebelum ini muncul naib juara Grand Slam tiga kali, mempamerkan ketahanan mental dan taktikal hebat untuk menundukkan Draper yang sedang meningkat naik.

    Draper, yang akan melonjak ke kedudukan kelima, berharap untuk menambah gelaran Indian Wells pada Mac tetapi Ruud mengatasinya dalam final Masters ketiganya.

    “Ia satu perasaan yang hebat, ini memang satu matlamat besar yang telah saya impikan sejak kecil,” kata Ruud.

    “Tahniah kepada Casper atas kemenangan ini. Awda memang lebih berani pada saat-saat genting. Sukan ini memang kejam, tetapi saya akan terus berusaha. Kekalahan ini akan menjadikan saya lebih baik,” ujar Draper.

    Casper Ruud bersama trofi selepas memenangi perlawanan akhir Terbuka Madrid di Madrid, Sepanyol pada 4 Mei. – AP

    Ruud , 26 tahun, yang berada di ranking ke-15 kelihatan lembap selepas melakukan dua kesilapan tidak sengaja yang membolehkan Draper mendahului 2-1 pada set pertama.

    Namun Ruud bangkit dengan aksi bertenaga dan mematah servis lawan untuk menyamakan kedudukan 5-5.

    Selepas mengikat kedudukan, Ruud terus menekan dan berjaya menamatkan set pertama dengan memanfaatkan kesilapan daripada Draper, yang kecewa dan meluahkan rasa tidak puas hati kepada pasukannya.

    Draper, yang sebelum ini belum pernah tewas satu set sepanjang kejohanan, akhirnya terpaksa akur selepas melakukan pukulan depan tersasar yang menghadiahkan set pertama kepada Ruud.

    Walaupun Draper bangkit dengan prestasi cemerlang dalam set kedua, dia hanya melakukan satu kesilapan, sementara Ruud kekal tenang dan konsisten untuk memastikan kemenangan pada set penentuan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda