Sunday, November 17, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ruud tersingkir di suku akhir

    GENEVA, 26 MEI – Rentetan kemenangan Casper Ruud dalam usaha memenangi gelaran Terbuka Geneva ketiga berturut-turut berakhir dengan kekalahan 3-6, 7-6 (2), 7-5 di tangan Nicolas Jarry pada suku akhir, kelmarin.

    Pukulan servis pemain pilihan utama, Ruud berjaaya dipatahkan pada skor 5-5 di set ketiga selepas pemain Chile yang berada di ranking ke-54 itu berjaya merembat dua pukulan forehand yang kuat.

    Pukulan servis Jarry berjaya bertahan selepas mensia-siakan peluang sebelumnya yang memberikan kelebihan 4-3, dan mengambil peluang mata perlawanan kedua dengan kemenangan pukulan smash yang kuat.

    Ruud kini akan menuju ke Terbuka Perancis di mana dia menjadi pemainpilihan keempat apabila perlawanan bermula pada Ahad. Pemain Norway berusia 24 tahun itu memenangi acara pemanas badan di Geneva pada 2021 dan tahun lalu, apabila dia turut mara ke final di Roland Garros sebelum tewas kepada Rafael Nadal.

    Jarry berjaya mendapatkan peluang untuk berentap semula dalam perlawanan separuh akhir pada Jumaat menentang Alexander Zverev yang pernah mengalahkannya dalam perlawanan akhir Geneva pada tahun 2019.

    Zverev mendapat laluan mudah melalui perlawanan suku akhir. Pemain pilihan ketiga Jerman itu mendahu-lui 4-1 pada set pertama apabila pemain ranking ke-59, Wu Yibing dari China bersara akibat kecederaan.

    Ketika rekod kerjaya Ruud di Geneva tercalar kepada 9-1, Zverev masih belum tewas dengan mata 6-0 di tempat taman tepi tasik itu.

    Pilihan kedua, Taylor Fritz dan pilihan keempat Grigor Dimitrov akan bertemu di separuh akhir yang lain. – AP

    Aksi Casper Ruud semasa perlawanan suku akhir di kejohanan tenis Terbuka Geneva di Geneva, Switzerland, 25 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda