BERLIN, 30 SEPT – Syarikat tenaga Jerman, RWE berkata hari ini ia berhasrat untuk mencapai keneutralan karbon menjelang 2040, menamatkan aktiviti bahan api sementara membina penjanaan boleh dibaharui, selepas mengambil alih sebahagian pesaing EON.
Arang pencemaran tinggi dan nuklear ‘meletakkan asas kami bina RWE baharu…namun setiap bentuk te-naga mempunyai masanya,” kata ketua eksekutif Rolf Martin Schmitz dalam satu kenyataan. Pertukaran besar-besaran aset bersama EON, yang akan menyaksikan RWE mengkhusus dalam penjanaan elektrik dan bekas pesaingnya menumpu pada grid, adalah langkah pertama strategi baharu. – AFP