Wednesday, February 5, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ryan Bakery, isteri sambut anak lelaki

    Personaliti media sosial, Ryan Bakery bergelar bapa selepas isteri, Elyia Ibrahim selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor, Sabtu lalu.

    Bagaimanapun, Ryan atau nama sebenar, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, memilih membuat perkongsian mengenai kelahiran cahaya mata sulung yang diberi nama Ryan Ezra itu, kelmarin, melalui hantaran di Instagram (IG).

    “Alhamdulillah, isteri saya, Elyia Ibrahim selamat melahirkan anak lelaki. Terima kasih Ya Allah,” tulis Ryan yang turut memuat naik gambar sedang mendukung anaknya.

    Menerusi hantaran sama, Ryan turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan isteri.

    “Syukur kehadrat Allah SWT. Terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anak saya.

    “Saya mendoakan awda semua dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat,” luahnya.

    Pada Ogos tahun lalu, Ryan dan isteri berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata sulung.

    Ryan dilaporkan berkata, sebagai persediaan menjadi bapa, dia perlu bekerja lebih keras, selain tidak menolak kemungkinan menampilkan anaknya itu dalam ‘content’ yang akan dihasilkan kelak.

    Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022. – Agensi

    Ryan memilih membuat perkongsian mengenai kelahiran cahaya mata sulung yang diberi nama Ryan Ezra itu,kelmarin, melalui hantaran di Instagram (IG). – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda