Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ryan Bakery kongsi pahit manis bergelar content creator

    Menerusi hantaran video di TikTok, Ryan berkata dirinya mula berjinak membuat content di media sosial ketika negara dilanda pandemik COVID-19 beberapa tahun lalu.

    Jelas Ryan, dia menggunakan platform media sosial untuk mengembangkan lagi perniagaan popia dan ikan beta yang diusahakan selepas dibuang kerja.

    “Saya ingin kongsi sedikit tentang perjalanan hidup saya menjadi seorang content creator atau pencipta kandungan.

    “Semuanya bermula ketika pandemik di mana saya telah diberhentikan kerja disebabkan kegagalan ekonomi.

    “Demi kelangsungan hidup, saya mula membuka perniagaan kecil dengan menjual popia dan ikan beta. Saya meniaga di mana? Di tanah kelahiran saya di Manjung, Perak.

    Ryan mahu beri semangat buat lebih ramai content creator. – mStar

    “Semasa saya berniaga itu, saya terfikir macam mana lagi mahu tambah pendapatan. Dari situ terdetiklah dalam hati saya untuk jadi seorang content creator.

    “Saya mulakan dengan apa sahaja yang ada ketika itu, janji dapat buat content.”

    Menurut Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, isterinya Elyia Ibrahim turut memberi sokongan dan menjadi tulang belakangnya.

    “Kemudian sedikit demi sedikit, isteri saya juga menyokong dengan upgrade barangan agar lebih mudah untuk menghasilkan content,” ujarnya menerusi laman Ohbulan!.- Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda