Monday, March 31, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ryan Bakery pertaruh filem pendek pertama

    Personaliti media sosial, Ryan Bakery tampil dengan karya sulung filem pendek berjudul Raya Dipelukan Mak sempena meraikan kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.

    Kata Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 30, dia tidak mahu hanya dikenali dengan bahan-bahan jenaka sebaliknya mengambil inspirasi kejayaan rakan-rakan seperjuangan dalam menghasilkan drama raya sebelum ini.

    “Selama ini orang hanya nampak kepada sisi lawak saya sahaja. Sudah tiba masanya untuk saya mencari dan meneroka sisi lain dengan terhasilnya Raya Dipelukan Mak.

    “Melalui idea yang ada, kita kembangkan lagi jalan cerita agar lebih menarik sehingga naskhah ini disiapkan sepenuhnya,” katanya.

    Dalam pada itu, lapor mStar, Ryan berkata meskipun mesej yang disampaikan dalam Raya Dipelukan Mak dianggap isu biasa, namun baginya situasi tersebut sering dihadapi dalam hubungan antara ahli keluarga.

    “Ada banyak mesej yang saya cuba sampaikan di dalam karya ini. Anak-anak mungkin berhati-hati dalam menjaga hati orang tua tetapi dalam masa yang sama mereka sebenarnya sedang melukakan hati orang tua.

    “Kisah sebegini memang banyak terjadi dalam kalangan kita tanpa disedari. Saya harap mesej ini sampai kepada mereka yang menonton seterusnya membawa kebaikan kepada semua,” ujarnya.

    Raya Dipelukan Mak mengisahkan tentang kisah dua beranak iaitu Aman dan Mak Ani yang hidup bersendirian tanpa kehadiran ketua keluarga.

    Selain Ryan, filem pendek raya ini turut dibintangi pelakon popular termasuk Khatijah Tan, Ellie Suriaty, Fendi London, Uyaina Arshad, Adrianan Adnan, Dafi dan Toh Puan Syamim Freida.- Agensi

    Ryan Bakery berkata dia tidak mahu hanya dikenali dengan bahan-bahan jenaka sebaliknya mengambil inspirasi kejayaan rakan-rakan seperjuangan dalam menghasilkan drama raya sebelum ini.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda