Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ryan Bakery tidak percaya pembantu rumah urus keluarga

    Personaliti media sosial Ryan Bakery memilih mengasuh bayi lelakinya iaitu Ryan Ezra tanpa bantuan pembantu rumah atau pengasuh.

    Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 29, berkata, dia sukar mempercayai orang luar menjaga anaknya apatah lagi pelbagai cerita kurang enak mengenai pembantu rumah yang membuatkan dia berasa trauma.

    “Kalau saya kerja luar takkan nak tinggalkan anak dengan pembantu rumah? Buatnya dia lari atau culik anak saya sekali, tak ke menakutkan?

    “Itulah sebab saya belum berani lagi nak ambil pembantu rumah atau mengupah pengasuh,” katanya kepada mStar.

    Ryan masih tidak mahu menggunakan khidmat pembantu rumah. – mStar

    Dalam pada itu, Ryan lebih senang jika anaknya dijaga atau mendapat pengawasan ahli keluarganya jika perlu bekerja di luar kawasan.

    Katanya, dia juga bimbang meninggalkan isterinya seorang diri menguruskan anak mereka dan biasanya akan menghantar mereka pulang ke kampung.

    “Kalau saya out station, saya terpaksa hantar isteri dan anak balik kampung di Melaka.

    “Sebelum ini, dua minggu juga saya mereka terpaksa tinggal bersama keluar mentua sebab saya sibuk bekerja.

    “Nak biarkan isteri sendirian di rumah pun saya tak berani sebab dia cepat panik kalau anak menangis,” ujarnya. – Agensi

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda