Setelah lebih setahun merahsiakan jantina cahaya mata keempatnya, pelakon Ryan Reynolds akirnya memaklumkan dia menimang bayi lelaki pada Februari tahun lalu.
Sudah lama menantikan kehadiran anak lelaki, Ryan, 47, teruja apabila impian tersebut tercapai.
“Saya nak berkongsi kepada semua, saya juga sekarang sudah ada anak lelaki. Saya sangat sayangkan dia dan saya sudah lakukan yang terbaik untuknya,” katanya.
Sebelum ini, pelakon filem Deadpool itu dilaporkan enggan berkongsi jantina anaknya atas alasan menjaga privasi.
Dalam pada itu, Ryan turut berkongsi bayi tersebut diberi nama Olin ketika menghadiri acara gala filem terbarunya iaitu ‘Deadpool and Wolverine’.
“Saya nak berterima kasih kepada keempat-empat anak saya iaitu James, Inez, Betty dan Olin yang selalu berikan saya kekuatan selama ini,” ujarnya.
Untuk rekod, Ryan mendirikan rumah tangga bersama pelakon Blake Lively pada 2012 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.
Ryan juga pernah berkahwin dengan pelakon Scarlett Johansson pada 2008 namun mereka bercerai pada 2011. – Agensi


