Penularan wabak Covid-19 yang semakin serius membuat pelakon Ryan Reynolds terpanggil untuk memberi bantuan.
Menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram peribadinya itu, Ryan dan isterinya Blake Lively akan menderma AS$1 juta kepada mangsa Covid-19 yang kurang berkemampuan.
“Covid-19 telah memberi kesan yang sangat kejam kepada warga emas dan keluarga berpendapatan rendah.
“Saya dan isteri menderma AS$1 juta untuk dibahagikan kepada Feeding America dan Food Bank Canada. Jika anda boleh memberi, organisasi ini memerlukan bantuan anda,” tulisnya.
Selain itu, pelakon filem Deadpool ini juga memberikan nasihat kepada orang ramai untuk selalu menjaga kesihatan.
“Jaga badan dan hati anda. Tinggalkan ruangan untuk kegembiraan dan hubungi seseorang yang terpencil dan mungkin memerlukan bantuan,” ujarnya. – Agensi
