Friday, March 28, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ryanair catat kerugian AS$321 juta

    LONDON, 26 JULAI – Syarikat penerbangan tambang murah Ireland Ryanair hari ini mengumumkan kerugian dalam suku pertamanya, terjejas akibat sekatan perjalanan COVID-19 di Eropah.

    Kerugian selepas cukai mencecah 272.6 juta euro (AS$321 juta) dalam suku pertama kumpulan, atau tiga bulan sehingga 30 Jun.

    Ia dibandingkan dengan kerugian bersih berjumlah 185.1 juta euro setahun sebelumnya untuk syarikat penerbangan berpangkalan di Dublin yang mengadakan penerbangan di seluruh Eropah.

    “COVID-19 terus menjejas perniagaan kami semasa suku pertama dengan kebanyakan penerbangan Easter dibatalkan dan pelonggaran sekatan perjalanan kerajaan Kesatuan Eropah (EU) yang lebih perlahan daripada dijangka pada Mei dan Jun,” kata ketua eksekutif Ryanair Michael O’Leary dalam penyata kewangan syarikat.

    Kos bertambah lebih dua kali ganda dalam suku pertamanya, sekali gus menghapus pendapatan yang mencecah hampir tiga kali ganda. Bagaimanapun, jumlah penumpang meningkat kepada 8.1 juta daripada setengah juta setahun sebelumnya.

    Dan Ryanair sedang mencatat ‘pemulihan kukuh daripada permintaan perjalanan hingga Ogos dan September,’ kata O’Leary, menambah syarikat penerbangan menjangka pemulihan akan berterusan.

    “Kami gembira dengan kadar vaksinasi yang tinggi di seluruh Eropah,” kata beliau.

    “Sekiranya, seperti yang diramalkan sekarang, kebanyakan populasi orang dewasa Eropah menerima dos vaksin lengkap pada September, maka kami percaya kami boleh menjangkakan pemulihan kukuh dalam perjalanan udara untuk separuh tahun fiskal kedua.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda