Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ryanair catat keuntungan lebih tinggi

    LONDON, 30 Mei – Syarikat penerbangan tambang murah Ireland Ryanair mencatat keuntungan lebih tinggi pada tahun lalu, meskipun perniagaan yang sukar di sebalik pengundian Brexit yang mengejutkan oleh Britain, katanya hari ini.

    Keuntungan bersih mencatat enam peratus lebih tinggi kepada 1.32 bilion euro dalam tahun kewangan kumpulan sehingga 31 Mac, berbanding dengan 1.24 bilion euro sebelum ini, kata Ryanair dalam satu kenyataan.

    Ia adalah sejajar dengan ramalan syarikat di antara 1.30 bilion dan 1.35 bilion euro.

    Jumlah penumpang bertambah 13 peratus kepada 120 juta tatkala syarikat mengurangkan tambang.

    “Kami berasa gembira untuk melaporkan pertambahan enam peratus dalam keuntungan bersih meskipun keadaan perniagaan yang sukar,” kata ketua eksekutif Michael O’Leary.

    Beliau menambah keadaan berkenaan adalah “berpunca daripada beberapa siri peristiwa keselamatan di bandar Eropah, satu perubahan kapasiti dari Afrika Utara, Turki dan Mesir ke Eropah, dan kemerosotan mendadak dalam mata wang sterling ekoran pengundian Brexit pada Jun 2016.”

    “Kami memberikan reaksi terhadap cabaran berkenaan dengan mempertingkat pengalaman pelanggan kami, dan merangsang pertumbuhan dengan tambang yang lebih rendah.”

    Kemelesetan pound berpunca daripada Brexit sedang mengurangkan jumlah yang diperoleh oleh Ryaniar daripada pasaran utama Britain sebaik sahaja mata wang ditukarkan kepada euro, unit Ireland dan yang digunakan oleh syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dublin untuk menentukan pendapatannya.

    Sementara itu, Ryanair mengingatkan gangguan besar akan timbul sekiranya Britain tidak kekal dalam perjanjian “Open Skies” selepas penarikan diri daripada Kesatuan Eropah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda