Friday, January 3, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ryanair failkan aduan selepas kemuflisan Air Berlin

    BERLIN, 16 Ogos – Jerman hari ini menolak satu dakwaan oleh syarikat tambang rendah Ryanair terhadap ‘konspirasi’ di sebalik usaha memastikan apungan saingannya Air Berlin yang muflis sehinggalah pemilik barunya ditemui.

    Syarikat penerbangan Irish itu membuat aduan dengan pihak berkuasa saingan Kesatuan Eropah selepas Air Berlin memfailkan perlindungan kemuflisan, kemudian memperoleh pinjaman 150 juta euro dari kerajaan Jerman.

    Ryanair lewat semalam mengatakan ‘terdapat konspirasi ketara’ antara kerajaan Jerman, Lufthansa dan Air Berlin. Pinjaman itu akan membantu Air Berlin memastikan pesawat-pesawatnya beroperasi selama tiga bulan, sementara ia merundingkan satu kemungkinan perjanjian pengambilalihan dengan Lufthansa dan sebuah syarikat penerbangan yang tidak didedahkan namanya, yang menurut laporan media Jerman, adalah easyjet.

    Gambar fail pesawat syarikat Air Berlin terbang di bandar Wustermark, Jerman. Syarikat itu tercalit dalam kontroversi dengan Ryanair hari ini selepas meraih pinjaman perlindungan kemuflisan daripada kerajaan Jerman. – AP
    Gambar fail pesawat syarikat Air Berlin terbang di bandar Wustermark, Jerman. Syarikat itu tercalit dalam kontroversi dengan Ryanair hari ini selepas meraih pinjaman perlindungan kemuflisan daripada kerajaan Jerman. – AP

    Seorang jurucakap bagi Kementerian Ekonomi Jerman mengatakan adalah ‘mustahil’ dakwaan itu pakej penyelamatan itu satu konspirasi. Beate Baron memberitahu wartawan di Berlin bahawa kerajaan menjangka pinjaman kepada syarikat penerbangan kedua terbesar Jerman itu akan dibayar.

    Air Berlin memfailkan perlindungan kemuflisan semalam selepas pemegang saham utamanya, Etihad yang berpangkalan di Abu Dhabi, mengatakan ia tidak akan membuat pembiayaan lagi ke atasnya, susulan kegagalan meraih keuntungan dua tahun berturut-turut.

    Syarikat itu yang membawa kira-kira 80,000 orang sehari kebanyakannya ke destinasi dekat, mencatatkan kerugian 782 juta euro tahun lalu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda