Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rybakina bangkit atasi Ekaterina

    NINGBO, 20 OKT – Bekas juara Wimbledon, Elena Rybakina bangkit dari ketinggalan set untuk meraih gelaran ke-10 dalam kerjayanya dengan kemenangan 3-6, 6-0, 6-2 ke atas Ekaterina Alexandrova di final Terbuka Ningbo, China kelmarin.

    Rybakina berjaya meraih 39 kemenangan, termasuk 11 servis cemerlang dan mencatat 88 peratus daripada mata servis pertamanya semasa menentang Alexandrova dari Rusia untuk menjulang trofi kedua musim ini.

    Pemain nombor sembilan dunia dari Kazakhstan itu mengukuhkan peluangnya untuk layak ke WTA Finals.

    Namun, dia perlu mara ke separuh akhir di Terbuka Pan-Pacific pada minggu depan di Tokyo untuk mengatasi pemain Rusia, Mirra Andreeva, dalam perlumbaan merebut slot di Riyadh bulan depan.

    “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ekaterina atas minggu yang hebat dan musim yang cemerlang setakat ini serta mendoakan dia akan berjaya pada musim hadapan,” kata Rybakina selepas menerima trofi,” ujar Rybakina.

    Rybakina bangkit selepas tewas set pembukaan dengan memenangi sembilan perlawanan berturut-turut, menyamakan kedudukan perlawanan dan meningkat dengan kelebihan 3-0 dalam set penentuan.

    Dia hampir tidak dapat diatasi dalam set kedua dan ketiga dan menamatkan kemena-ngan dalam masa kurang daripada dua jam. – AFP

    Elena Rybakina semasa perlawanan separuh akhir perseorangan wanita di Kejohanan Tenis WTA Terbuka Ningbo di Ningbo, China pada 18 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda