Monday, May 6, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Rybakina intai trofi Terbuka Australia

    MELBOURNE, 26 JAN – Juara Wimbledon, Elena Rybakina menewaskan Victoria Azarenka dalam perlawanan straight set untuk mara ke final Terbuka Australia hari ini dan menamatkan impian pemain Belarus itu untuk merangkul gelaran Melbourne ketiga.

    Rybakina memenangi perlawanan separuh akhir 7-6 (7/4), 6-3 dan bakal bertemu Aryna Sabalenka atau Magda Linette pada perlawanan akhir Sabtu.

    Azarenka, yang memenangi Grand Slam pada 2012 dan 2013, ditewaskan dalam masa 1 jam 41 minit di Rod Laver Arena.

    Pilihan ke-22 Rybakina sudah menewaskan juara bertahan Perancis dan Terbuka AS, Iga Swiatek pada pusingan keempat dan pemenang Roland Garros 2017, Jelena Ostapenko pada suku akhir di Melbourne Park.

    Selepas set pertama yang sengit, pemain berusia 23 tahun kelahiran Moscow itu merenggangkan diri untuk merangkul juara Grand Slam ketiga.

    Aksi Elena Rybakina semasa perlawanan separuh akhir kejohanan tenis Terbuka Australia. – AP

    Rybakina menang dalam perlawanan straight set apabila pasangan itu bermain di Indian Wells tahun lalu, satu-satunya pertemuan mereka sebelum ini.

    Pemain veteran Azarenka, 33, sebahagian besarnya berada jauh di belakang ketika menentang Rybakina, yang bermain di separuh akhir Melbourne Park untuk kali pertama.

    Rybakina mara ke empat terakhir de-ngan servisnya yang padu, setelah meledak 35 ace dalam lima perlawanannya di Melbourne Park, lebih banyak daripada pemain lain.

    Kesilapan berganda kedua Rybakina pada 5-5 memberikan pilihan ke-24 Azarenka tiga mata pemecah.

    Rybakina menunjukkan sebab dia sudah pun bergelar juara Grand Slam dengan mengelak krisis dan menutup permainan dengan ace keenamnya.

    Dua kesalahan berganda daripada Azarenka kemudian memberi Rybakina satu lagi peluang, yang diambilnya untuk 5-2 dan peluang untuk membuat servis bagi menempah tempat ke final. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...