Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Rybakina juara Terbuka Abu Dhabi

    ABU DHABI, 12 FEB – Pemain pilihan utama, Elena Rybakina memperoleh gelaran kedua musim ini dengan kemenangan lancar 6-1, 6-4 ke atas Daria Kasatkina di Terbuka Abu Dhabi kelmarin.

    Pemain nombor lima dunia itu, yang memulakan tahun ini dengan gelaran di Brisbane, menambah trofi ketujuh pada profilnya dan kini berada di tempat kedua dalam carta kemenangan perlawanan dengan 11 kemenangan atas namanya pada 2024.

    Hujan renyai memberikan sedikit drama lewat apabila ia mengganggu seketika perlawanan akhir tersebut, di mana pemain diarahkan untuk menunggu di bangku simpanan mereka dengan Rybakina mendahului 6-1, 5-4, 30/30.

    Ia hanya kelewatan yang singkat apabila juara Wimbledon 2022 itu mengakhiri kemenangan dengan dua servis yang baik pada minit ke-68.

    “Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Daria untuk minggu yang hebat, tahniah kepada awda dan pasukan,” kata Rybakina yang lahir di Rusia dalam ucapan kemenangannya.

    “Minggu yang sukar, terutamanya perlawanan terakhir, dan esok sudah ada perlawanan di Doha, jadi semoga kami berdua pulih dan dapat bermain dengan baik di sana dan mungkin bermain final di sana.”

    Kasatkina kini telah tewas empat final terakhir berturut-turut termasuk dua final pada tahun ini – di Adelaide dan Abu Dhabi – dan masih mencari kemenangan gelaran pertama sejak 2022.

    “Saya bermain banyak perlawanan, saya menang kebanyakan daripadanya, yang sangat penting,” kata Kasatkina, yang mempunyai rekod menang-kalah 10-3 setakat kempen ini. – AFP

    Reaksi Rybakina pada kejohanan tenis Terbuka Mubadala Abu Dhabi di Abu Dhabi baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...