Ryu Jun Yeol kini dilaporkan bakal muncul membintangi drama baharu berjudul Disqualified as a Human yang bakal bersiaran tidak lama lagi.
Sumber daripada agensi pengurusannya menyatakan “Ya benar, Ryu Jun Yeol kini sedang meneliti tawaran drama yang diberikan kepadanya.”
Bagaimanapun, keutamaannya pada masa ini adalah tertumpu kepada filem baharunya berjudul Alien dan kini sedang merancang untuk melakukan projek seterusnya, tambah sumber itu.
Sementara itu, sumber daripada Agensi Pengurusan Jeon Do Yeon, SOOP mengesahkan bahawa aktres tersebut juga kini sedang mempertimbangkan untuk menerima tawaran berlakon dalam sebuah drama.
Jika beliau setuju, ini akan menjadi drama pertamanya dalam tempoh empat tahun sejak memegang watak dalam drama The Good Wife pada tahun 2016.
Disqualified as a Human mengisahkan tentang seorang penulis berusia 40 tahun yang merasa kehilangan dan seorang lelaki berusia 27 tahun yang takut bahawa dia tidak akan mencapai apa-apa dalam kehidupannya.
Drama ini akan diarahkan oleh Heo Jin Ho, yang juga telah terlibat dalam pembikinan filem seperti Christmas in August dan One Fine Spring Day. – Agensi
