Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ryu rampas kedudukan teratas

    KILDEER 1 Julai – Ryu So-yeon dari Korea Selatan menggunakan putter dan lonjakan pada nombor 7 untuk merampas pendahuluan tiga pukulan untuk mara ke pusingan akhir Kejohanan PGA Wanita semalam.

    Juara utama dua kali itu, yang meraikan ulang tahunnya yang ke-28 pada Jumaat lalu, memulakan pertandingan dengan terikat kedudukan bersama Brooke Henderson bagi kedudukan teratas tetapi mendahului lima strok pada lima lubang terakhir untuk mengatasi pemain dari Kanada dengan 11 bawah 205.

    “Saya tidak mahu terlepas peluang saya,” kata Ryu. “Saya mahu berakhir dengan keyakinan, tetapi seperti yang saya katakan, ia adalah lebih baik untuk tidak mengharapkan sesuatu. Apa yang saya boleh lakukan untuk fokus ke atas apa yang saya miliki dan berseronok dengannya.”

    Henderson dari Kanada di tempat kedua selepas membuat pukulan dua bawah 70 sementara Park Sung-hyung, yang berkongsi pendahuluan 36 lubang bersama Ryu dan Henderson, di tangga ketiga selepas mencatatkan 71 di Kemper Lakes Golf Club.

    Angel Yin dari AS mencatat empat bawah 68 pukulan untuk mengungguli tangga keempat dan Bronte Law dari England di tangga kelima selepas mencatatkan 69 pukulan.

    Ryu melakukan pukulan kedua dalam lubang k-15 semasa pusingan terakhir Kejohanan PGA KPMG di Kildeer, Illinois. – AFP

    Ia adalah pendahuluan antarabangsa apabila lima pemain terbaik mewakili empat buah negara, Kanada, AS, Korea Selatan dan England.

    Para pemain terpaksa bergelut dengan keadaan suhu panas minggu ini dan hari ini mereka akan bermula lebih awal berbanding biasa ketika peramal cuaca meramalkan ribut petir pada waktu petang. Sekumpulan tiga pemain akan membuat pukulan bermula 7:30 pagi waktu setempat.

    Ryu bermula dengan menghasilkan break pada par lima lubang ketujuh apabila pukulannya jatuh dalam guni makanan seorang wanita. Ia menghalang pukulannya dari berada dalam air dan dia menamatkan dengan par pada lubang tersebut.

    “Salah satu detik terbaik saya dan sudah pasti Tuhan membantu saya di luar sana,” katanya.

    Ryu, yang memenangi pertandingan ANA Inspiration pada tahun lepas dan Terbuka Wanita AS tahun 2011 menamatkan dengan setengah dozen birdie. Satu-satunya kesukaran adalah bogey pada par tiga lubang ketiga.

    Ryu beraksi dengan keyakinan yang banyak selepas mencatatkan kemenangan pertama pada tahun 2018 di Meijer Classic dua minggu lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda