Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Pengeluar produk makanan sedia dan 100 peratus halal, Saahtain Group yang beribu pejabat di United Arab Emirates telah membuka anak syarikatnya yang pertama di luar negara di Negara Brunei Darussalam atas usaha sama dengan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kewangan.
Majlis pelancaran operasi Syarikat Saahtain Asia Sdn Bhd itu telah berlangsung di The Empire Hotel & Country Club, Jerudong dan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kedua (II), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.
Juga hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong; Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bin Abdullah; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud; Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal), Dato Seri Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah; Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Dato Seri Paduka Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah dan Timbalan Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM, Dato Paduka Haji Jamain Haji Julaihi.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn