Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah bakal lancar program Sabah Malaysia My Second Home

    KOTA KINABALU, 19 SEPT – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Sabah akan melancarkan program Sabah Malaysia My Second Home (SMM2H) tidak lama lagi.

    Program itu akan menjadikan Sabah lebih menarik kepada warga asing yang berhasrat untuk berpindah dan tinggal di negeri ini.

    Beliau berkata Kabinet negeri telah meluluskan program SMM2H untuk dilancarkan sebaik beberapa perincian terakhir diputuskan.

    “Program Sabah tidak akan mengikut syarat yang ditetapkan oleh MM2H persekutuan.

    “Dengan SMM2H kami sendiri, kami menyasarkan untuk menjadikan Sabah lebih menarik kepada warga asing yang berhasrat untuk berpindah dan tinggal di Sabah. 

    “Kami berharap untuk melihat warga asing dan bakat bernilai tinggi berpindah ke Sabah dan mewujudkan manfaat ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda