Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah bakal wajibkan suntikan vaksin

    KOTA KINABALU, 28 Feb – Kerajaan negeri Sabah akan mengikut langkah kerajaan Persekutuan berhubung cadangan dan dasar mewajibkan suntikan vaksin imunisasi kepada golongan kanak-kanak termasuk anak damit ke arah meningkatkan lagi tahap kesihatan rakyat di negeri itu.

    Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata suntikan vaksin imunisasi penting sebagai langkah awal mencegah penyakit berjangkit daripada merebak, dan kementeriannya berharap dapat melaksanakan program berkenaan demi manfaat penduduk.

    Menurutnya, kementeriannya kini masih mengadakan rundingan dengan kerajaan Persekutuan berhubung perkara berkenaan termasuk melihat perincian pelaksanaan program pemberian suntikan vaksin imunisasi itu di peringkat Persekutuan serta kemampuan kewangan kerajaan untuk melaksanakannya.

    Wong berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas komitmen Kementerian Kesihatan Persekutuan untuk membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.

    Beliau sebelum itu melancarkan pusat kesihatan sebuah hospital swasta di sini, hari ini.

    Pada Isnin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementeriannya mendapat ‘desakan’ kuat pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbang mewajibkan imunisasi vaksin berikutan keengganan ibu bapa mengambil suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda