Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sabah catat 1,915 kes kecurian kabel

    KOTA KINABALU, 2 FEB – Kota Belud merupakan daerah yang merekod kecurian kabel tertinggi di Sabah dengan 242 kes daripada 1,915 kes keseluruhan yang direkodkan di negeri itu, pada tahun lepas.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, Datuk Fairuz Renddan berkata 242 kes di Kota Belud itu amat membimbangkan, kerana dua daerah lain yang terdekat iaitu Kota Marudu dan Tuaran mencatat jumlah kes yang rendah iaitu masing-masing 76 dan 61 kes.

    Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah itu berkata kecurian kabel atau vandalisme alat komunikasi yang lain amat dikesali, kerana memberikan kesukaran kepada penduduk di negeri itu untuk berkomunikasi dengan baik terutama di kawasan luar bandar serta pedalaman yang jauh.

    “Setiap kali kabel dicuri, maka talian komunikasi kita akan mengalami gangguan, memberi impak negatif kepada semua penduduk Kota Belud dalam aspek komunikasi. Rupa-rupanya kabel dipotong, dicuri dan dijual,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...