Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah catat kadar pengangguran tertinggi

    KOTA KINABALU, 21 OGOS – Sabah mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu seramai 169,800 orang atau meliputi 29 peratus daripada 588,700 jumlah penganggur di seluruh Malaysia.

    Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata kadar pengangguran di Sabah mencecah 7.7 peratus dalam suku pertama tahun ini dan kadar itu juga lebih dua kali ganda berbanding 3.5 peratus pada peringkat nasional.

    “Namun kadar peratusan pe-ngangguran di Sabah itu menunjukkan penurunan berbanding 9.1 peratus pada suku pertama tahun lepas berikutan pemulihan ekonomi selepas pandemik COVID-19,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Perburuhan Peringkat Negeri Sabah sempena program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber

    Manusia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini. – Bernama

    Sivakumar berucap pada Majlis Perasmian Karnival Kerjaya MADANI bersama HAWA Malaysia di Dewan Serbaguna JAKOA Batu 12, Gombak, pada 10 Ogos. Menurutnya, Sabah mencatatkan kadar pengangguran tertinggi. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda