Tuesday, December 17, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah FC bawa bekalan tipis ke KK

    KUCHING, 16 DIS – Kuching City FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada Sabah FC dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Negeri Sarawak, semalam.

    Jaringan tunggal Muhammad Farhan Roslan pada minit ke-32 memberikan kelegaan buat skuad Sang Badak yang dikendalikan oleh Martin Stano.

    Keputusan itu memberi kelebihan tipis kepada Sabah FC menjelang aksi suku akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pada 23 Disember ini.

    Aksi babak pertama dikuasai oleh Sabah FC apabila Farhan menjaringkan gol menerusi tandukan dalam kawasan kotak penalti dan walaupun Kuching City cuba bangkit, benteng pertahanan kental Sabah FC berjaya menangkis segala gerakan dan percubaan pihak lawan.

    Babak kedua menyaksikan tuan rumah gigih mencari peluang untuk menyamakan kedudukan namun semua percubaan mereka gagal menembusi gawang Sabah FC.

    Walaupun pengadil memberikan tambahan masa kecederaan selama lima minit, keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. – Bernama

    Antara aksi perlawanan antara Sabah FC menentang Kuching City FC yang telah berlangsung pada 15 Disember. – FB: Sabah Football Club
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda