Friday, June 2, 2023
23.6 C
Brunei

    -

    Sabah FC menang di laman sendiri

    KUALA LUMPUR, 24 MEI – Sabah FC yang bermain di laman sendiri semalam beraksi cemerlang menewaskan Perak FC 3-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

    Anak buah Datuk Ong Kim Swee bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi rembatan kencang Darren Lok yang membuat susulan terhadap sepakan percuma Baddrol Bakhtiar sekali gus menafikan ketangkasan penjaga gawang pelawat, Bryan See.

    Kedua-dua pasukan kemudiannya masing-masing cuba mengatur serangan namun kelebihan berpihak kepada skuad tuan rumah apabila berjaya menambah jaringan melalui sepakan padu Park Tae Su di dalam kotak penalti pada minit ke-32, sebelum Kapten Sang Badak Baddrol menambah jaringan lapan minit kemudian.

    Anak buah Datuk Lim Teong Kim cuba bangkit pada babak kedua perlawanan apabila pemain gantian Harith Naim berjaya membolosi gawang Sabah FC dengan sepakan kencang untuk menghadiahkan gol sagu hati buat pasukannya, namun terpaksa akur apabila keputusan kekal 3-1 sehingga tiupan wisel penamat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS, Jepun modenkan pakatan tentera

    TOKYO, 1 JUN – Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang berusaha untuk memodenkan pakatan ketenteraan mereka dalam menghadapi ancaman dari China, Korea Utara dan...
    - Advertisment -