Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Sabah FC sasar kelompok terbaik Liga Super

    KOTA KINABALU, 29 SEPT – Ketua jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee tidak mahu pasukannya terus keciciran mata bagi memastikan skuad Sang Badak terus kekal dalam kelompok terbaik Liga Super 2022 yang hanya berbaki beberapa perlawanan.

    Sehubungan itu, beliau meminta agar semua pemain mempamerkan aksi terbaik dalam pertemuan menentang Terangganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu Sabtu ini.

    “Saya berharap, apabila kita bermain dengan Terengganu FC pada Sabtu ini, kita berjaya mendapatkan keputusan yang positif kerana tidak boleh lagi keciciran mata untuk mengekalkan tempat kedua ataupun dalam kelompok yang terbaik.

    “Meskipun tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan lalu (kemenangan menentang Terengganu FC sudah tentu akan memberi sedikit impak yang cukup berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Kim Swee berkata beliau telah menganalisis dan berlatih seperti mana yang diinginkan sebelum bertemu Terengganu, dan tempoh rehat yang lama dapat memberi peluang untuk pasukannya memperbaiki segala kelemahan yang ada.

    Gambar fail 1 Sept mempamerkan aksi pemain Sabah FC, Alto Linus (kiri) mengasak pertahanan Kuala Lumpur City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas. – Bernama

    “Semua pemain kini berada dalam tahap terbaik untuk memberikan persembahan lebih sempurna seperti mana yang kita tunjukkan sebelum ini,” katanya.

    Tiga perlawanan sebelum ini, Sabah hanya mencatat keputusan seri menentang Kedah (1-1), Kuala Lumpur (2-2) dan kalah kepada Selangor (2-3).

    Sementara itu, Kim Swee berkata ketika ini hanya penyerang import Jose Embalo yang masih mengalami kecederaan.

    “Kita mempunyai rata-rata pemain yang cukup cergas untuk menggantikan tempat beliau dan sesiapa yang diturunkan, saya harap dapat melaksanakan tugas dengan terbaik,” katanya.

    Sabah FC pada ketika ini berada di kedudukan kedua dengan 36 mata di belakang Johor Darul Ta’zim FC yang unggul dengan 43 mata. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 termasuk 12 anak damit maut dalam 24 jam di hospital

    NEW DELHI, 3 OKT - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...