Sabah FC turunkan pemain muda Piala M’sia

KOTA KINABALU, 31 OKT – Sabah FC akan mempertaruhkan barisan pemain muda untuk menghadapi baki saingan Piala Malaysia 2021, kata Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee.

Kim Swee berkata ini susulan pemain utama masih mengalami kecederaan dialami semasa perlawa-nan terdahulu, justeru posisi mereka akan diisi pemain-pemain muda sebagai kesebelasan utama.

“Mereka (pemain muda) harus bersedia mengambil kesempatan ini untuk menimba ilmu serta pengalaman bagi menghadapi persiapan perlawanan akan datang.

“Secara keseluruhan, kita sangat berpuas hati dengan mutu persembahan ditunjukkan para pemain muda ketika aksi perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat lalu. Mereka telah menunjukkan prestasi sangat memberangsangkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kim Swee yakin pemain muda Sabah FC mempunyai potensi besar menjadi tumpuan pasukan lain, termasuk diambil menggalas tanggungjawab di dalam pasukan kebangsaan. – Bernama