Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah giat tarik pelancong India

    KOTA KINABALU, 8 DIS – Sabah akan menggiatkan usaha untuk menarik pelancong India memandangkan mereka mewakili pasaran keluar yang paling pesat berkembang, kata Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Joniston Bangkuai.

    Beliau berkata industri pelancongan negeri terlalu bergantung kepada pelancong China sebelum pandemik dan ia kini perlu mempelbagaikan pangkalan pelanggannya.

    Joniston berkata lebih 6,000 pengunjung India datang ke Sabah sebelum pandemik pada 2019, menunjukkan minat yang jelas untuk melawat rantau ini dan walaupun bilangannya sederhana, ia masih petanda yang baik. 

    “Sabah terkenal dengan pelancongan berasaskan alam semula jadi, tetapi kami juga menawarkan produk mewah dan pengalaman perjalanan yang unik yang akan menarik pelawat dari India. Mereka berbelanja besar jadi kami mahu menarik mereka ke sini.

    “Yakinlah Lembaga Pelancongan Sabah sedang giat mengejar pasaran India dan kami berharap dapat melihat peningkatan ketibaan yang stabil pada tahun akan datang.

    “Saya yakin hubungan langsung antara India dan Sabah akan diwujudkan pada masa depan apabila terdapat peningkatan jumlah pelancong India,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda