KOTA KINABALU, 1 DIS – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berharap permintaan untuk pemindahan kuasa daripada Kerajaan Persekutuan bagi meluluskan dan mengeluarkan lima jenis pelesenan pelancongan, yang telah ditangguhkan, akan membuahkan hasil. Menterinya Datuk Christina Liew berkata permintaan yang dibuat melalui Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) bagi membolehkan Sabah meluluskan permohonan untuk pelesenan berkaitan pelancongan dan mengeluarkan