Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah jangka kutip 5 peratus dari produk petroleum

    KOTA KINABALU, 21 APRIL – Kerajaan Sabah menjangka cukai jualan sebanyak lima peratus ke atas produk petroleum akan mula dikutip sebelum atau pada 28 Mei ini bagi penjualan yang dibuat pada April, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

    Menteri Kewangan Sabah itu berkata Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018 ke atas produk petroleum iaitu minyak mentah petroleum dan gas asli/gas cecair telah diwartakan pada 6 Disember 2018, dan perintah tersebut dikuatkuasa pada 1 April, 2020 sebelum diwartakan dalam Warta Kerajaan bertarikh 2 April lepas. Katanya Kementerian Kewangan Sabah melalui surat bertarikh 1 April, 2020 telah memaklumkan pengenaan cukai itu kepada sembilan syarikat yang merupakan pemilik berfaedah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) termasuk Petronas Carigali Sdn Bhd; Petronas Floating LNG 1 (L) Limited.

    Turut terbabit adalah Sabah Shell Petroleum Company Limited; dan Shell Energy Asia Limited; Hibiscus Petroleum Berhad; Repsol Oil & Gas Malaysia Limited; PTTEP Sabah Oil Limited; PT Pertamina Malaysia Eksplorasi Produksi; dan ConocoPhilips Sabah Limited. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda