Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah kaji semula Pan Borneo

    LAHAD DATU, 30 Sept – Kerajaan Negeri Sabah sedang mengkaji semula pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di negeri ini, menurut Menteri Pembangunan Insfrastruktur Datuk Peter Anthony.

    Menurut beliau kajian semula itu bagi membolehkan penstrukturan baharu dilaksanakan pada masa terdekat.

    Semua pelaksanaan ini akan dikemukakan sepenuhnya kepada Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Sabah ekoran berlakunya ketirisan, katanya pada sidang media selepas me-rasmikan Festival Sayangi Lahad Datu @ Silam di sini, Sabtu malam.

    Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Baru Bian berkenaan kelewatan pelaksanaan Projek Pan Borneo sehingga 36 peratus.

    Anthony berkata kementeriannya telah menghantar surat permohonan kepada Kementerian Kewangan dan percaya Ketua Menteri Sabah,  Datuk Seri  Mohd Shafie Apdal sudah maklumkan kepada Perdana Menteri berkenaan masalah ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda