Wednesday, December 18, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah komited bantu pembangunan OKU

    KOTA KINABALU, 4 JAN – Kerajaan Sabah komited membantu Orang Kurang Upaya (OKU) termasuk OKU penglihatan di negeri itu bagi memastikan golongan berkenaan tidak terpinggir daripada segala aspek, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata seramai 43,214 OKU termasuk 3,597 OKU penglihatan telah mendaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA), setakat 29 Disember lepas.

    Untuk itu, Hajiji meminta ibu bapa dan keluarga supaya mendaftarkan ahli keluarga OKU ke JPKA Sabah bagi membolehkan mereka dibantu.

    “Ini bagi memastikan mereka dapat dibantu khususnya dalam pemberian nilai tambah berupa kemahiran yang akan membolehkan mereka hidup berdikari serta menyumbang kepada diri sendiri dan keluarga.

    “Ia juga bagi memudahkan kerajaan merancang penyediaan kemudahan serta perkhidmatan lebih baik dan bersesuaian dengan keperluan mereka. Terdapat banyak keistimewaan untuk golongan OKU yang berdaftar termasuk memudahkan urusan saluran bantuan dan faedah kepada mereka,” katanya.

    Hajiji berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir pada majlis perasmian Sambutan Hari Braille Sedunia Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

    Dalam pada itu, Hajiji berkata Hari Braille Sedunia disambut untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya kewujudan Braille sebagai medium komunikasi dalam pengiktirafan hak asasi manusia kepada OKU penglihatan. – Bernama

    Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan bantuan wang ihsan bencana alam kepada salah seorang penduduk Kampung Tanjung Aru Baru, Latifah binti Datuk Salleh pada satu majlis baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda