Friday, February 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah komited pulihara sumber hutan

    KOTA KINABALU, 23 OGOS – Jabatan Perhutanan Sabah sedang merangka Pelan Induk Hutan 25 tahun di seluruh negeri sebagai panduan hala tuju pengurusan sumber hutan jangka panjang di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata pelan itu selaras dengan Dasar Hutan Sabah 2018 bukan hanya memberi tumpuan kepada hutan simpan tetapi juga kawasan hutan dalam tanah kerajaan dan tanah bermilik.

    Ketua Menteri berkata Jabatan Perhutanan Negeri telah mengambil pelbagai langkah proaktif untuk melindungi hutan Sabah sejak 1997, konsep Pengurusan Hutan Lestari (SFM) telah dilaksanakan sepenuhnya di Sabah.

    “Usaha berterusan dalam mewujudkan keseimbangan pembangunan sosioekonomi dan pemuliharaan alam sekitar melalui rasionalisasi guna tanah perlu terus dilaksanakan sebagai alternatif penjanaan pendapatan baharu dan mampan bagi Sabah.

    “Ini termasuk meneroka pelbagai inisiatif yang boleh menyokong program pemuliharaan hutan melalui penjanaan pendapatan bukan berasaskan kayu (Forest Beyond Timber),” katanya pada persidangan antarabangsa Heart of Borneo (HoB) : An Ecosystem That Provides, di sini hari ini.

    Teks ucapan perasmian beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan. – Bernama

    Gambar kredit kerajaan negeri Sabah
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda