Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah laksana vaksinasi dos penggalak kepada warga emas

    KOTA KINABALU, 28 OKT – Kerajaan Sabah mula melaksanakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 kepada warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas bermula hari ini, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri Datuk Shahelmey Yahya.

    Beliau berkata Sabah sebelum ini telah memulakan pemberian dos penggalak ini kepada petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan bermula dari 20 Okt lepas. 

    “Tujuannya adalah supaya penerima vaksin boleh mendapatkan tahap perlindungan yang optimum terhadap jangkitan COVID-19.

    “Individu yang layak menerima dos penggalak adalah individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin jenis Comirnaty (Pfizer) sekurang-kurangnya enam bulan dari dos kedua dan CoronaVac (Sinovac) sekurang-kurangnya tiga bulan dari dos kedua,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda