Monday, December 23, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah longgar SOP berdasarkan situasi pengurusan COVID-19 

    KOTA KINABALU, 30 JUN – Dua Timbalan Ketua Menteri Sabah menjelaskan tindakan kerajaan negeri itu melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah berdasarkan situasi semasa pengurusan COVID-19 dalam keadaan baik.

    Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam kenyataan berasingan hari ini berkata keputusan melonggarkan SOP berkenaan dibuat oleh Kabinet negeri setelah melihat situasi penularan COVID-19 di Sabah dapat diurus dan dikawal dengan baik seterusnya membolehkan ekonomi dipulihkan segera untuk rakyat.

    Bung Moktar berkata keputusan kerajaan Sabah adalah berlandaskan data dan fakta selain jumlah kes harian yang masih pada tahap sederhana berbanding di beberapa negeri di Semenanjung. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda