Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah maksimumkan teknologi, tingkat sektor minyak sawit

    KOTA KINABALU, 12 SEPT – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan Sabah akan memaksimumkan penggunaan teknologi dan inovasi bagi meningkatkan produktiviti, daya saing dan pembangunan dalam sektor minyak sawit. 

    Beliau yang berucap pada Pameran dan Seminar Pemindahan Teknologi (TOT) Sabah di sini hari ini, berkata, kemajuan dan penambahbaikan infrastruktur serta insentif kerajaan dalam sektor minyak sawit mampu menyediakan peluang perniagaan yang sangat baik kepada pemain industri untuk menceburi sektor hiliran.

    Beliau berkata Sabah mempunyai sembilan kilang penapisan minyak sawit dengan kapasiti pemprosesan sebanyak 7.48 juta tan setahun, manakala dua kilang biodiesel berkeupayaan untuk mengeluarkan 300,000 tan biobahan api setahun. Selain itu, kerajaan negeri juga telah membangunkan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Sandakan dan Lahad Datu.

    “Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan, Indonesia juga akan membantu meningkatkan ketersambungan dan kecekapan dari segi pengangkutan termasuklah untuk produk-produk kelapa sawit.” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda