Saturday, June 29, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Sabah peruntuk RM474.55 juta tingkatkan tahap pendidikan

    TAWAU, 25 JUN – Kerajaan Sabah memperuntukkan RM474.55 juta untuk meningkatkan tahap pendidikan di Sabah pada tahun ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata peruntukan itu juga adalah untuk memperkukuhkan pembangunan modal insan seperti pemberian biasiswa dan dermasiswa, pembangunan serta operasi sekolah termasuklah perpustakaan.

    “Kerajaan juga telah merangka pelbagai program dan memperkasakan inisiatif sedia ada demi memastikan setiap anak-anak mempunyai akses kepada pendidikan demi kecemerlangan pendidikan di negeri ini.

    “Ini termasuklah memperkasa ekosistem sains, teknologi dan inovasi,” katanya dalam kenyataan ketika merasmikan majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (Mapens) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah tahun 2024 hari ini. Hajiji diwakili Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

    Menurut Hajiji, segala inisiatif itu sejajar dengan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan kepentingan modal insan.

    “Inilah bukti betapa kerajaan sangat prihatin akan kebajikan rakyatnya dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk meningkatkan tahap pendidikan negeri ini,” katanya.

    Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua pendidik atas kejayaan yang dicapai dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dengan lonjakan yang amat memberangsangkan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...