Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah rekod 2,537 kes demam denggi

    KOTA KINABALU, 28 JUN – Sebanyak 2,537 kes demam denggi direkodkan di Sabah setakat 26 Jun dengan Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi iaitu 648 kes, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi.

    Katanya ini diikuti Sandakan (428 kes), Semporna (385), Tawau (310) dan Lahad Datu (261).

    “Sehingga semalam terdapat tujuh daerah melaporkan 17 wabak aktif penyakit demam denggi di seluruh Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut beliau, pemeriksaan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di kawasan terbabit mendapati terdapat banyak sumber pembiakan nyamuk Aedes seperti takungan air jernih di dalam pasu bunga.

    Sehubungan itu, Dr Christina meminta orang ramai menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing.

    Sementara itu, beliau berkata sehingga semalam, Sabah mencatatkan 16 kes penyakit kolera termasuk dua kes baharu masing-masing satu di Semporna dan Beaufort. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 23 Jun menunjukkan petugas Unit Kawalan Vektor, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan melakukan ‘fogging’ sebagai langkah pencegahan  di sekitar bangunan Klinik Desa Layang-layangan. – Bernama

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda