Thursday, July 17, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah sambut baik belanjawan 2024

    KOTA KINABALU, 13 OKT – Peruntukan pembangunan untuk Sabah  berjumlah RM6.6 bilion menerusi Belanjawan 2024 adalah manifestasi komitmen Kerajaan Perpaduan menyeimbangkan pembangunan antara Negeri di Bawah Bayu itu dengan Semenanjung dan Sarawak.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata peningkatan peruntukan tahun depan sebanyak RM100 juta untuk Sabah dan tambahan RM200 juta kepada RM5.8 bilion
    untuk Sarawak jelas menunjukkan wilayah Borneo terus digerakkan dalam arus pembangunan negara.

    “Kerajaan Sabah menyambut baik dan mengalu-alukan penyediaan peruntukan tersebut dan bertekad untuk menjadikannya inspirasi apabila kita membentangkan Belanjawan Negeri Sabah 2024 tidak lama lagi,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari
    ini.

    Terdahulu, beliau bersama Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun menyaksikan pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Rakyat menerusi siaran langsung di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini. – Bernama

    Datuk Seri Hajiji Noor (kiri) bersama Datuk Seri Masidi Manjun ketika menyaksikan siaran langsung pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Menara Kinabalu, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda