KOTA KINABALU, 11 Okt – Sabah mahu membentuk kerjasama dengan Sarawak untuk membangunkan industri automotif sekali gus memperkasa perkembangan industri itu di kedua-dua negeri, menurut Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan bersama rakan sejawatannya Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam pertemuan yang berlangsung di Kuching, Sarawak