Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah, Sarawak capai akses penuh kepada pembedahan, anestesia selamat menjelang 2030

    KUCHING, 19 MAC – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan Sabah dan Sarawak mencapai 100 peratus akses kepada penjagaan pembedahan dan anestesia yang selamat menjelang 2030, kata Menterinya Dr Zaliha Mustafa.

    Beliau berkata antara cabaran yang dihadapi kementerian untuk mencapai sasaran
    itu ialah kekurangan doktor terlatih, kawasan yang luas, topografi bentuk muka bumi dan rangkaian pengangkutan serta penduduk yang berselerak di Borneo.

    “Kini sudah kira-kira 75 peratus (bagi Sabah dan Sarawak) jadi kami harap beberapa tahun dari sekarang, pada 2030 kita dapat memperluas (akses) lebih baik dan diharapkan mencapai 100 peratus,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Global Surgery Conference Malaysia: The New Dawn yang pertama di sini hari ini.

    Terdahulu ketika berucap, Dr Zaliha berkata inisiatif itu akan direalisasikan dengan perancangan KKM menyediakan latihan berterusan kepada pegawai perubatan dan penempatan lebih ramai pakar bedah dan bius di hospital yang dikenal pasti di kedua-dua negeri. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda