Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah sekat kemasukan dari 4 negara

    KOTA KINABALU, 2 MEI – Kerajaan Negeri Sabah hari ini memutuskan untuk menyekat kemasukan individu dari Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka ke negeri itu bagi mengekang penularan COVID-19.

    Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata sekatan itu, yang berkuat kuasa mulai esok (3 Mei), adalah langkah penting bagi mencegah kemasukan COVID-19 varian baharu.

    “Pengecualian masuk ke Sabah diberikan kepada rakyat Sabah, pasangan suami isteri dan anak kepada rakyat Sabah sahaja. Bagaimanapun, mereka perlu mematuhi prosedur kua-rantin selama 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda