Thursday, October 17, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah setuju penyelarasan gaji penjawat awam negeri seiring SSPA

    KOTA KINABALU, 16 OKT – Kerajaan Sabah hari ini bersetuju untuk penyelarasan gaji dua fasa selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi 21,228 penjawat awam negeri itu, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata pelarasan gaji itu akan dilaksanakan pada 1 Disember ini untuk Fasa Pertama dan 1 Januari 2026 bagi Fasa Kedua, dengan melibatkan peruntukan keseluruhan RM103.02 juta.

    “Kerajaan negeri juga bersetuju untuk menyelaraskan kadar gaji pekerja sambilan harian negeri kepada minimum RM1,725 sebulan, serta penambahbaikan faedah sedia ada bermula pada 1 Disember ini,” katanya.

    Hajiji berkata pelarasan gaji untuk 2,116 pekerja sambilan harian itu akan melibatkan kos sebanyak RM46.09 juta.

    “Jumlah keseluruhan peruntukan bagi penyelarasan gaji perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian ialah RM149.11 juta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

    Beliau berkata penyelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri. “Ia juga membantu meringankan kos sara hidup harian yang semakin meningkat,” katanya.

    Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada 16 Ogos lepas bahawa SSPA akan menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) berkuat kuasa 1 Disember. – Bernama

    Datuk Seri Hajiji Noor (gambar) berkata kerajaan Sabah bersetuju untuk penyelerasan gaji dua fasa selaras dengan pelaksanaan SSPA bagi 21,228 penjawat awam negeri itu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda