KOTA KINABALU, 15 OKT – Kerajaan negeri Sarawak bercadang bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah mengkaji kemungkinan mewujudkan syarikat penerbangan milik kedua-dua negeri itu, dalam usaha mempertingkatkan lagi jaringan perhubungan. Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata jaringan perhubungan yang baik antara kedua negeri itu diperlukan, untuk membangunkan negeri khususnya industri pelancongan. “Oleh