SANDAKAN, 7 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pengecualian dasar kabotaj kepada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa 1 Jun depan. Najib berkata dengan pengecualian dasar kabotaj itu, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak lagi terikat dengan dasar yang dikenakan ke atas semua aktiviti perkhidmatan perkapalan