Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah terus perhebat, tingkat bidang sukan negeri

    TAWAU, 12 OKT – Kerajaan Negeri Sabah menerusi Kementerian Belia dan Sukan berusaha memastikan bidang sukan terus diperhebat dan ditingkatkan melalui pembinaan serta penyediaan pelbagai prasarana sukan di negeri itu.

    Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata komitmen kerajaan juga turut dizahirkan dengan pemberian insentif kepada atlet yang berjaya mengharumkan nama Sabah dan Malaysia.

    “Sememangnya menjadi harapan kita untuk melihat lebih ramai atlet Sabah menyerlah di pentas kebangsaan dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di Tawau hari ini.

    Beliau berkata Sabah membuktikan kemampuan dalam melahirkan atlet berkualiti dengan kejayaan beberapa bintang sukan negeri pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Farrel Glen Felix Jerus (lompat tinggi), Merrywati Manuil (silat), Evan Rich Chong (memanah) serta Jonathan John (tinju).

    “Mereka ialah bukti bahawa anak-anak Sabah mampu menjadi kebanggaan negeri dan negara,” katanya.

    Dalam pada itu, Hajiji berkata penganjuran Sukan Sabah (SAGA) ialah usaha berterusan kerajaan bagi memastikan Sabah tidak ketandusan bakat baharu. Temasya itu juga menjadi medan mencungkil atlet pelapis untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. – Bernama

    Datuk Seri Hajiji Noor. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda