Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah umum bantuan RM35 juta bantu industri pertanian

    KOTA KINABALU, 30 OKT – Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengumumkan bantuan sebanyak RM34,874,400 bagi mengurangkan kesan negatif terhadap industri pertanian di negeri itu.

    Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata dana itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 116,248 penerima yang berdaftar di bawah kementerian dalam pelbagai segmen industri di Sabah.

    “Setiap penerima akan menerima bantuan sekali bayar (one-off) sebanyak RM300, bagaimanapun, senarai (penerima) itu tidak lengkap maka, mereka yang tidak termasuk dalam senarai juga akan dipertimbangkan untuk mendapat bantuan wang tunai selagi mereka berdaftar dengan jabatan atau agensi yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Jeffrey berkata kementerian akan memproses dokumentasi untuk bantuan itu dan dihantar ke Jabatan Perbendaharaan negeri untuk pembayaran yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima.

    Beliau berkata dana itu adalah sebahagian daripada jumlah bantuan kerajaan bagi membantu kumpulan B40 yang turut merangkumi sektor lain termasuk pemandu teksi, bas dan lori serta pemain industri pelancongan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda