Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Sabalenka, Anisimova mara ke final Terbuka AS

    NEW YORK, 5 SEPT – Pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka bakal menentang wakil tuan rumah Amanda Anisimova dalam final AS Terbuka esok, menandakan tahun ketiga berturut-turut dia bertemu pemain Amerika Syarikat (AS) itu di pentas akhir.

    Sabalenka bangkit selepas tewas set pertama untuk menyingkirkan pemain pilihan keempat, Jessica Pegula, pada separuh akhir Khamis lalu, ketika dia memburu gelaran Terbuka AS berturut-turut, sejak kali terakhir dicapai Serena Williams pada 2013 dan 2014.

    Di final nanti, penyokong pastinya lebih memihak kepada pemain pilihan kelapan Anisimova, yang mara selepas menewaskan juara empat kali Grand Slam, Naomi Osaka, dalam aksi tiga set penuh dramatik.

    “Saya sudah banyak kali berdepan pemain AS di tanah air mereka dan mungkin pengalaman itu mengajar saya cara menghadapinya,” kata Sabalenka.

    Pada final 2023, suasana memuncak apabila pemain kegemaran tempatan Coco Gauff mengalahkannya dan Sabalenka secara berseloroh menegur penonton di Stadium Arthur Ashe kerana tidak memberi sokongan kepadanya.

    Aksi Sabalenka pada separuh akhir perseorangan wanita di Terbuka AS di Stadium Arthur Ashe di Pusat Tenis Nasional Billie Jean King. – Reuters

    Selepas Gauff menjulang trofi, Sabalenka berkata dia berharap untuk menentang pemain Amerika itu dalam lebih banyak perlawanan akhir tetapi dengan ‘keputusan yang berbeza’.

    Tahun berikutnya, dia bergurau mahu membelikan peminat Amerika minuman jika mereka menyokongnya ketika menentang Emma Navarro di separuh akhir.

    Selepas menang mudah, dia mengusik lagi, “Sekarang baru awda bersorak untuk saya – sudah terlambat.”

    Musim itu, Sabalenka turut menambah luka penyokong tempatan apabila menewaskan Pegula di final.

    “Selepas melalui musim lalu, di mana saya bertemu pemain AS di separuh akhir dan final, saya belajar untuk menjaga jarak emosi.

    “Saya hanya fokus pada permainan dan tidak mahu membiarkan rasa marah terhadap suasana stadium meragut kemenangan,” jelasnya. – Reuters

    Kata Kunci

    Popular

    Rencana

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Berita Berkaitan

    Sabalenka mara separuh akhir WTA Finals

    RIYADH, 7 NOV – Aryna Sabalenka dan Jessica Pegula...

    Naomi Osaka tarik diri akibat cedera

    OSAKA, 17 OKT – Naomi Osaka menarik diri daripada...

    Naomi Osaka mara ke suku akhir meski cedera

    OSAKA, 15 OKT – Naomi Osaka berjuang melalui kecederaan...

    Gauff muncul juara final Terbuka Wuhan

    WUHAN, 13 OKT – Coco Gauff berkata keputusan ‘degilnya’...

    Terkini

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    KYOTO - Kawasan Omuro di Wad Ukyo, Kyoto, merupakan...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...